Tuesday, May 27, 2008

sepi itu indah???

Di sebalik senyuman dan wajah yang tenang seseorang, hanya tuhan yang maha mengetahui segala gundah hatinya…. Segala derita yang di tanggungnya rela disimpan sendiri, kerana apa yang ingin di persembahkan hanyalah wajah yang penuh ketenangan…walau hati ditimpa seribu duka…hanya pada tuhan jua tempatnya mengadu.

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian? atau perlukah kita pertahankan sebuah hubungan yang kita pasti kehilangannya suatu hari nanti? atau kukuhkah sebuah ikatan yang terbinanya diatas keruntuhan semalam? dikutip dari serpihan hati yang hancur berkecai?

Tatkala anda tak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah. Ketika anda tak pasti untuk memberi jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi. Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak anda temui jawapannya…ketahuilah bahawa sepi itu mengatasi segala nikmat…

Maka katakanlah pada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini…satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan di perlukan. Antara rela dengan tidak…walau kau lebih tahu, tiada yang lebih berharga selain dirimu, juga aku tak mungkin dapat melupakanmu. Itu lebih bererti kerana ada ketika perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi.

Adakalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke hadapan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang kala lebih bererti dari satu perhubungan. Katakanlah… "aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta ku dapat…kenapa ada derita bila bahagia tercipta…mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan…aku pergi tanpa dendam…ku terima kekalahanku…"

Ada waktunya sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui. Cinta itu indah apabila ada urusan memberi dan menerima. Jika hanya anda yang memberi dan dia tak sudi, urusan cinta menjadi payah. Tak perlu merayu pada yang tak sudi…pada yang tak simpati…hati kita milik kita… bawalah ia dan pergilah dari situ… if he dumb enough to ignore u, so be smart enough to let it go...

No comments: