Tuesday, July 29, 2008

blum pun bmula.. telah pun b'akhir... (tiada kaitan idup dan mati aaa)

Dalam kesendirian... . Aku langkahkan kaki ku... . Meneruskan perjalanan hidupku yg entah di mana penghujungnya... Dan entah di mana bermulanya Aku melangkahkan kaki.. Dan melihat mereka semua disekelilingku.. Menegurku.. menyapa ku.. dan cuba berjalan seiring denganku.. namun semuanya hanya mampu bertahan di separuh perjalananku.. Kemudian tinggallah aku sendiri lagi , Dan aku melangkah lagi.. Mengharapkan adanya yg mampu menemaniku sehingga ke penghujung jalanku.. Dalam kesepian... .. aku menganyam kasih yg entah utk siapa.. aku mengait rindu yg tak pernah wujud... . dan aku membayangkan bahagia yg tak mungkin bertapak di hati... Aku mencipta ruang ku sendiri.. untuk mengubat kesepian ku Aku melangkah lagi... Walau aku terpaksa mengheret duri dan onak.. Dan walau air mata tak pernah berhenti mengalir... Kerana ini adalah perjalanan ku.. dan tiada siapa pun yg berhak utk melaluinya walaupun kepayahan itu adalah yg teramat sgt.. Walaupun aku terpaksa merangkak utk melaluinya... Dimanakan hendak ku campakkan perasaan syg yg telah hadir ini? Di manakan hendak ku buang rindu yg telah bertandang, Di manakah hendak ku curahkan cinta yg semakin menyiksa jiwaku.. Kerana belum sempat ia bermula... ia telahpun berakhir.. Dan apabila mereka hadir cumalah utk menyentuh hatiku yg memang telah sedia terluka... dan akhirnya ia terus terluka walaupun mereka telah lama berlalu pergi... Kuteruskan perjalanan... yang masih jauh di depan.. Dengan langkah yg semakin goyah.. Dengan semangat yg kian kendur..



No comments: